Genset ataupun Janakuasa atau Generator Set berfungsi untuk menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik. Setiap genset mempunyai nilai kVA nya yang tersendiri. 

 

Seringkali kita mendengar terjadinya gangguan bekalan elektrik di kawasan taman perumahan. Ia mungkin disebabkan oleh kerosakan tiang elektrik, terdapat kerosakan di dalam rumah pencawang elektrik, terdapat kerja-kerja menaik taraf pencawang elektrik dan sebagainya. Maka sewaan genset untuk kawasan perumahan merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi di Malaysia.

 

Kami mempunyai tenaga mahir yang kompeten, berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Ianya bertepatan dengan slogan syarikat kami, Perkhidmatan Melalui Pengalaman. 

 

Aktiviti pemeriksaan lori genset dilakukan secara berkala. Ini bagi memastikan setiap lori dalam keadaan baik sebelum operasi genset dilaksanakan.

Penjaga jentera A4 bertanggungjawab untuk memastikan pemasangan genset ke mana-mana fasiliti pelanggan dibuat mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Mereka juga berperanan sebagai individu yang mengawal selia genset dari segi teknikal dan fizikal termasuk peralatan kerja. 

 

Perkongsian mengenai kegunaan genset mengikut kapasiti dan situasi tertentu. Untuk tempahan genset, sila imbas Kod QR untuk urusan selanjutnya.

 

 

 

 

Tahukah anda bahawa wayar elektrik juga mempunyai standard keselamatan? Apabila bekerja menggunakan peralatan elektrik, prihatin terhadap langkah keselamatan merupakan elemen yang perlu diutamakan. Kegagalan mematuhi langkah keselamatan akan mengakibatkan kemalangan yang serius dan juga boleh mengancam nyawa seseorang. Patuhi arahan keselamatan untuk kebaikan bersama.

Sumber: Suruhanjaya Tenaga Malaysia

Sebagai masyarakat yang cakna dengan tips jimat tenaga elektrik, anda harus aplikasikan tips ini di mana-mana sahaja anda berada. Matikan semua suis barangan elektrik apabila tidak digunakan di sekeliling anda, gunakan barangan elektrik berlabel cekap tenaga serta rancang dan uruskan penggunaan tenaga anda dengan baik. Terima kasih kerana memilih untuk menjadi seorang yang BIJAK TENAGA.

Sumber: Suruhanjaya Tenaga Malaysia

Perkongsian pada kali ini menerangkan tentang fungsi ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) danetika penggunaan alatan elektrik, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Pemutus litar kebocoran bumi (ELCB) digunakan apabila pembumian yang baik tidak diperolehi kerana galangan bagi gelung litar rosak ke bumi terlalu tinggi sehingga tidak mampu untuk memutuskan pelindung arus lebih. Pemutus litar ini boleh bekerja pada voltan yang rendah (50V). Sila baca dan aplikasikannya ke dalam kehidupan seharian supaya anda kekal selamat.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

Kesan akibat renjatan elektrik boleh menyebabkan luka melecur atau terbakar yang boleh dikategorikan kepada tiga tahap. Luka melecur tahap satu hanya membabitkan lapisan atas kulit epidermis. Kulit menjadi kemerahan dan menyebabkan rasa sakit serta akan sembuh dalam masa tujuh hari. Luka melecur tahap dua berlaku pada lapisan epidermis dan dermis. Kulit menjadi kemerahan, sakit dan pembentukan gelembung air boleh berlaku. Tempoh penyembuhan antara empat hingga dua puluh satu hari serta akan meninggalkan sedikit parut. Luka melecur tahap tiga yang merangkumi kesemua lapisan kulit dan struktur di bawah kulit seperti otot, saraf dan menyebabkan kegagalan otot berfungsi. Ia adalah tahap paling teruk serta memerlukan rawatan pakar untuk memulihkan mangsa. Penyembuhan mengambil masa di antara tiga minggu hingga dua bulan serta meninggalkan parut kekal.

Sumber: Harian Metro (t.ly/C41V), National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

Sistem pencegahan kebakaran merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di dalam sesebuah bangunan seperti rumah, pejabat dan sebagainya. Sebagai pengguna, anda harus selenggara sistem dan komponen elektrik premis anda supaya alat pencegahan kebakaran dapat berfungsi dengan baik. 

Sumber: Electrical Safety Foundation International (ESFI)

 

Litar elektrik yang terlalu banyak atau terlebih beban adalah punca utama penyebab kebakaran di sesebuah premis. Gunakan peralatan atau sistem elektrik anda dengan bijak. Sebagai contoh, gunakan mentol watt yang sesuai dengan lekapan lampu. Elak menggunakan mentol lampu watt yang lebih besar kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Sumber: Electrical Safety Foundation International (ESFI)